Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmanirrahim..
Dalam doa, kita sering meminta untuk menjadi orang yang lebih sabar, lebih tabah, lebih yakin. Serba serbi lebih.
Kehidupan dilalui dan kita sedar bahawa banyak dugaan dan ujian. Bagus, kita tidak berada dalam zon selesa. Memang sukar. Tapi mencabar diri ini bagus. Lebih segar, lebih bergerak. Lebih kreatif dan bergantung padaNya. Sebab kita tahu benar, segalanya dilalui bukan kerana kekuatan diri sendiri pun. Semuanya dipinjamkan dari Allah.
Sedarlah bahawa doa-doa kita terjawab. Semuanya diiringi dengan praktikal tarbiyah dari Allah dalam melalui kehidupan
Kita pohon kekuatan, tetapi Allah beri kesulitan untuk menjadikan kita kuat.
Kita pohon keteguhan hati, tetapi Allah beri masalah untuk diatasi.
Kita pohon keyakinan, tetapi Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.
Kita pohon cinta, Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi.
Kadangkala kita TIDAK DAPAT apa yang DIINGINI, namun kita SENTIASA DAPAT apa yang KITA PERLUKAN.
- Nota 1: Berdoalah apabila kita inginkan sesuatu perkara. Namun bukan doa memaksa Allah kurniakan. Doalah dalam tawakal kepadaNya. Istikharah dalam berdoa. Andai perkara itu baik buat kita, maka jodohkanlah. Andai sebaliknya, maka jauhkanlah.
- Nota 2: Keinginan itu ada positifnya. Menggerakan kita dan membuatkan kita berusaha. Paling tidak, usaha dimulakan dengan berdoa.
- Nota 3: Sabar dan sabar. Ikhlas dalam ketentuannya. Selepas satu-satu detik masa. Pause sekejap dan muhasabah apa yang disekeliling. Fikir dan zikir. Singkap hikmah dalam setiap yang berlaku. Allah maha bijaksana dalam merancang buat hamba-hambaNya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
p/s: Allah sentiasa ada di sisi kita..berdoalah..tak rugi pon..jgn lpe doa utk kesejahteraan ibu bapa..



1 comments:
y must cinta????hahahahah..tp btolla..sbbkn cinta 2 kita akn mencintai ALLAH...:))
Post a Comment