Friday, April 8, 2011

..mahu kaya..

Posted by tinahamzani at 12:57 PM
Bismillahirrahmanirrrahim..
Assalamualaikum wbt..


jika perlu marah,marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar..


jika perlu menangis, menangislah tapi usah terlupa dengan perkataan tenang..


jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan..

jika mahu miskin,miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur..

jika mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah..

jika mahi menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak2nya tetapi jangan terlupa keperluan dunia..

kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu tetapi jangan terlupa menepati
keperluan semasa..

kalau mahu beli sebuah rumah,belilah asalkan jangan tak tahu perkataan puas..

kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asalkan jangan sampai terlupa beribadah..

kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tak sakan & menyalahi syariat..

kalau mahu memperkatakan orang, berkatalah asalkan jangan sampai mengumpat..

kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya..



Maka, hidup bersederhana akan memastikan anda tak akan miskin selama-lamanya. Bersederhanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.

0 comments:

Post a Comment

 

..in my shoes.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei