Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..
Allah swt mengajak kepada kebaikan dan berbuat kebaikan dalam proses pengembangan diri kita sebagai muslim.
********************************************************
Suatu hari si ayah bertanya kepada anaknya, "son,have you perform your solat??"
"ceh,speaking nampak ayah..belum lagi la..," jawab si anak sambil meneruskan melayari internet.
5 minit kemudian..
Si ayah mengingatkan lagi anaknya,"online lagi..sudah2 la tu..berhenti kejap..solat cepat".
"ye ye.. nk solat la ni" jawab si anak tetapi masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya.
5 minit seterusnya..
Si ayah datang mendekati anaknya," my dearest son..cewah..jom solat ngan ayah jom"
"Ok2.." lantas si anak menuju ke tandas dan mengambil wudhu' dan menunaikan solat bersama ayahnya..
Keesokan harinya, drama yang sama berulang lagi. Tetapi kali ini si ayah menggunakan strategi yang lain..
"Dah masuk waktu ni..jom solat jemaah ngan ayah.." sambil mendekati anaknya dan menuntunnya untuk berwudhu'.
"Ok..jom.." jawab si anak dengan segera dan bersegera untuk berwudhuk. ************************************************************
Dari dua buah dialog yang sederhana di atas dapatlah kita petik hikmah bahawa mengajak untuk berbuat kebaikan, tidaklah dapat dilepaskan dari contoh lisan sahaja.
Kejadian pertama lebih kepada dakwah lisan, maka reaksi dari si anak yang menunjukkan kepatuhan hanya tertumpu dalam hal lisan sahaja. Diperlukan berkali-kali ajakan yang diakhiri dengan satu perbuatan yang nyata dengan mendekati si anak, barulah ajakan tersebut disambut dengan perbuatan yang nyata.
Perbezaan dengan dialog sederhana yang kedua, ketika dakwah secara lisan sekaligus dilakukan dengan dakwah secara perbuatan, dimana si ayah mengajak, menuntun, dan sekaligus mencontohkan dalam perbuatan. Daya pemikiran seorang anak masih sangat sederhana, begitu murni dan suci, sehingga begitu melihat si ayah datang dan memberi contoh, maka si anak pun menyambut dengan segera.
Berdakwah dengan memberi contoh dalam perbuatan yang nyata bukankah telah dicontohkan oleh Rasulullah saw. Dimana setiap perbuatan beliau tersebut merupakan contoh bagi kita.
Allah swt telah berfirman dalam Al-qur'an surat As-Shaff ayat 3 yang bermaksud: "Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan."
Kerana itu marilah kita usahakan sedikit demi sedikit, perlahan tetapi pasti untuk meningkatkan amal soleh kita.Tentunya hal ini memerlukan niat dan kemahuan yang kuat serta disiplin dalam mengerjakannya, kita jauhi sikap bermalas-malasan, insyaAllah hasil yang nyata akan kita peroleh.marilah kita tingkatkan karya kita sehingga dapat bermanfaat bagi siapa saja yang berdekatan dengan kita bukankah Rasulullah saw telah berpesan:
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
p/s:credit to Muhammad Djunaedi.. www.imsa.us ...

2 comments:
Bapak sapa tu? bagusnya.
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah DIRIMU dan KELUARGAMU dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Allah perintah kita buat dahulu dan mengajak keluarga (org lain) membuat kebaikan.
Post a Comment