Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..
Tarikh 06 jun 1990 bermulalah hidup En, Hamzani bin Wahid sebagai bapa dengan rasminya.. Mama cakap,kami semua adik beradik menyebut perkataan ayah dulu,then baru mama.. Memang saya lebih rapat dengan ayah berbanding mama.. Tapi apa2 hal pon,cari mama juga..hehe.. Dari kecil ayah banyak menyokong saya. Dari sekecil2 keputusan hingga ke besar2 pilihan,ayah biarkan saya berfikir sendiri..Katanya, beliau tidak mahu memaksa saya dalam membuat keputusan..kerana hidup saya,merupakan pilihan saya sendiri.
Kadang2 ayah garang.. Itu normal,kerana beliau seorang ayah.. Marah tanda sayang. Tapi saya akui, saya memang jarang dimarahi pleh ayah walaupun kesalahan itu saya yang lakukan..hihi.. Dari kecil, apa yang saya minta, pasti ayah akan tunaikan. Mungkin pada mulanya ayah akan membuat muka tanda tidak setuju, tetapi pada akhirnya, kerana kasih sayang beliau, permintaan saya ditunaikan jua.. Takdir Allah,sekarang saya belajar di Russia dalam bidang marine engineering. Perkara ini hampir 100% dipengaruhi oleh bapa saya secara tidak langsung. Mama cakap, dari kecil kalau orang tanya saya mahu menjadi apa bila dewasa.. Jawapan yang akan diberikan ialah jurutera seperti ayah.. Alhamdulillah, saya hampir mencapai cita2 itu.. Thanks Allah..thanks ayah.. selamat hari bapa..hari2 hari bapa..
![]() |
| En. Hamzani + Pn Syarifah Marlina |
![]() |
| ayah dgn saya ( ank sulung) |
![]() |
| ayah ngan adik siti.. |
![]() |
| ayah ngan adik zana.. si bongsu yg perangai muka mmg mcm ayah.. |
p/s:gmbr sume bckground sama..hehe..cozs gmbr ni je yg ada dlm lappy..
note to ayah:
- thanks ayah for everything.. n minta maaf sangat2..kadang2 ankmu ini suka membantah.. hihi
- teruskan berdoa untuk kejayaan ankmu ini. we all ank2 ayah,always pray for your health n success
- jangan lupa amek kt airport 26 jun 2011 pada pukul 5.40 pg..hehe..i'm coming home.. =)
- jom kita g memancing..da lama rasanya x g memancing..=p
- most important. --> love you infinity.. semoga terus bahagia dengan mama n ktorg semua..
Termasuk dosa besar seorang yang mencaci-maki ibu-bapaknya. Mereka bertanya, "Bagaimana (mungkin) seorang yang mencaci-maki ayah dan ibunya sendiri?" Nabi Saw menjawab, "Dia mencaci-maki ayah orang lain lalu orang itu (membalas) mencaci-maki ayahnya dan dia mencaci-maki ibu orang lain lalu orang lain itupun (membalas) mencaci-maki ibunya." (Mutafaq'alaih)





1 comments:
:')
Post a Comment